SK KERTEH, 24300 KERTEH, KEMAMAN, TERENGGANU


BP myscience e-Zone 2010 Challenge

SEMBANG SAINS 2010

Monday, July 26

Minggu 'Cintai Alam Sekitar'

Pada 18 hingga 22 Julai 2010 yang lalu, Sekolah Kebangsaan Kerteh telah mengadakan Minggu Cintai Alam Sekitar yang dikendalikan oleh Panitia Sains dan AJK BP myScience. Tujuan Minggu Alam Sekitar ini diadakan adalah untuk memberi kesedaran kepada semua murid SK Kerteh akan kepentingan penjagaan alam sekitar.

Antara aktiviti yang diadakan ialah Pertandingan Mewarna, Poster, Buku Skrap, ceramah dan kelas Terbersih dan Ceria.











Sunday, July 25

Carbon Challenge @ SK Kerteh

Pihak BP myScience telah berkunjung ke SK Kerteh pada 21 Julai 2010 yang lalu. Kedatangan pihak BP telah disambut baik oleh beberapa orang guru dan 45 murid yang mengikuti Carbon Challenge. Banyak aktiviti yang telah dijalankan pihak BP myScience bersama murid-murid.

Antara aktiviti yang dilakukan ialah pembelajaran secara interaktif, kuiz berdasarkan pembelajaran interaktif, perbincangan kumpulan, persembahan kumpulan dan 'Solar Kit".

Syukur kerana aktiviti yang dilakukan berjalan lancar sepanjang program. Tetapi, ada kejadian yang tidak diduga terjadi semasa aktiviti dijalankan iaitu terdapat kebakaran kecil di luar kawasan sekolah. Kebakaran kecil tersebut melibatkan bekalan elektrik terganggu. Maka, masing-masing yang terlibat dengan aktiviti dalam kepanasan dan tidak selesa. Namun, aktiviti yang dikendalikan oleh pihak BP myScience amat menarik. Walau terdapat masalah, ia tidak mengganggu konsentrasi murid-murid. Apa yang menyeronokkan lagi apabila pihak BP myScience menyediakan hadiah untuk persembahan kumpulan yang menarik. Jadi murid-murid bersungguh-sungguh melakukan yang terbaik semata-mata untuk mendapatkan hadiah.
































Saturday, July 17

Carbon Challenge: Pembersihan Kolam dan Taman Sains

Pada 13 Julai 2010, seramai 45 orang duta BP myScience Challenge bersama guru-guru telah membersihkan kolam dan kawasan Taman Sains. Aktiviti ini dijalankan pada waktu Ko-kurrikulum sekolah. Pelajar-pelajar amat teruja sewaktu membersihkan kolam. Selain kerjasama pelajar yang menggalakkan, aktiviti ini juga dapat mengeratkan hubungan sesama pelajar dan guru serta mewujudkan suasana ceria di sekolah.

Tuesday, July 13

Sijil Penyertaan kepada Duta BP myScience_SK Kerteh

Sembang Sains_Science Trip

Pada 9 dan 10 Julai yang lalu, 6 duta BP myScience SK Kerteh diiringi oleh dua orang guru iaitu Cikgu Hamdan dan Cikgu Marina telah mengikuti Sembang Sains dan Science Trip ke Kuala Lumpur. Mereka bertolak dari Kerteh pada jam 7.30 pagi dengan menaiki bas yang telah disediakan oleh pihak BP. Destinasi pertama yang dituju ialah Petrosains KLCC. Di Petrosains, duta BP telah menyaksikan pameran-pameran berkaitan dengan industri petroleum di negara kita antaranya replika dinosaur-dinosaur yang merupakan fosil awal terhasilnya minyak, proses carigali minyak dan gas, replika pelantar minyak, proses pemerosesan minyak dan lain-lain lagi. Di samping itu juga, duta-duta ini berkesempatan juga menaiki simulator helikopter untuk ke pelantar minyak di tengah lautan dan juga menaiki simulator kereta lumba. Pada sebelah malam pula, duta-duta ini berkesempatan menyertai satu program yang dinamakan "Explorer Nite Out". Banyak acara-acara yang menarik diadakan sepanjang program ini. Antaranya 'Ice-Breaking', Science Shows dan aktiviti berkumpulan menghasilkan ais-krim buatan sendiri tanpa perlu dibekukan di dalam peti ais. Duta-duta dan guru pengiring seterusnya berpeluang berkhemah di dalam Petrosains tersebut. Pada keesokkan harinya pula, acara "Water War Game" diadakan di taman tema KLCC. Seterusnya duta-duta BP dibawa pula ke Planetarium Negara untuk menyaksikan pameran-pameran di sana. Di Planetarium, duta-duta dibawa menyaksikan tayangan 3D di ruang angkasa. Destinasi terakhir Sembang Sains ialah ke Pusat Sains Negara yang mana telah diadakan pameran "Kids Discovering Out" dan Science Shows. Kira-kira jam 3.00 petang, para duta dan guru pengiring bertolak pulang ke Kerteh. Walaupun kepenatan, namun lawatan ini telah memberi banyak pengetahuan dan pengalaman yang begitu berharga kepada duta-duta SK Kerteh. Terima Kasih BP!


Tuesday, July 6

Duta BP myScience Wilayah Pantai Timur_ SK Kerteh

1. Mohamad Fahrulrazi bin Mohd Fadir
2. Muhamad Haziq bin Zulkeflee
3. Hani Maisarah bt Zainal Subari
4. Ana Nur Ezzaty bt Mohd Yuzdi
5. Puteri Norfazira bt Kamarulzaman
6. Nur Fatihah bt MD Rahim