SK KERTEH, 24300 KERTEH, KEMAMAN, TERENGGANU


BP myscience e-Zone 2010 Challenge

SEMBANG SAINS 2010

Tuesday, July 13

Sembang Sains_Science Trip

Pada 9 dan 10 Julai yang lalu, 6 duta BP myScience SK Kerteh diiringi oleh dua orang guru iaitu Cikgu Hamdan dan Cikgu Marina telah mengikuti Sembang Sains dan Science Trip ke Kuala Lumpur. Mereka bertolak dari Kerteh pada jam 7.30 pagi dengan menaiki bas yang telah disediakan oleh pihak BP. Destinasi pertama yang dituju ialah Petrosains KLCC. Di Petrosains, duta BP telah menyaksikan pameran-pameran berkaitan dengan industri petroleum di negara kita antaranya replika dinosaur-dinosaur yang merupakan fosil awal terhasilnya minyak, proses carigali minyak dan gas, replika pelantar minyak, proses pemerosesan minyak dan lain-lain lagi. Di samping itu juga, duta-duta ini berkesempatan juga menaiki simulator helikopter untuk ke pelantar minyak di tengah lautan dan juga menaiki simulator kereta lumba. Pada sebelah malam pula, duta-duta ini berkesempatan menyertai satu program yang dinamakan "Explorer Nite Out". Banyak acara-acara yang menarik diadakan sepanjang program ini. Antaranya 'Ice-Breaking', Science Shows dan aktiviti berkumpulan menghasilkan ais-krim buatan sendiri tanpa perlu dibekukan di dalam peti ais. Duta-duta dan guru pengiring seterusnya berpeluang berkhemah di dalam Petrosains tersebut. Pada keesokkan harinya pula, acara "Water War Game" diadakan di taman tema KLCC. Seterusnya duta-duta BP dibawa pula ke Planetarium Negara untuk menyaksikan pameran-pameran di sana. Di Planetarium, duta-duta dibawa menyaksikan tayangan 3D di ruang angkasa. Destinasi terakhir Sembang Sains ialah ke Pusat Sains Negara yang mana telah diadakan pameran "Kids Discovering Out" dan Science Shows. Kira-kira jam 3.00 petang, para duta dan guru pengiring bertolak pulang ke Kerteh. Walaupun kepenatan, namun lawatan ini telah memberi banyak pengetahuan dan pengalaman yang begitu berharga kepada duta-duta SK Kerteh. Terima Kasih BP!


0 comments:

Post a Comment