SK KERTEH, 24300 KERTEH, KEMAMAN, TERENGGANU


BP myscience e-Zone 2010 Challenge

SEMBANG SAINS 2010

Monday, July 26

Minggu 'Cintai Alam Sekitar'

Pada 18 hingga 22 Julai 2010 yang lalu, Sekolah Kebangsaan Kerteh telah mengadakan Minggu Cintai Alam Sekitar yang dikendalikan oleh Panitia Sains dan AJK BP myScience. Tujuan Minggu Alam Sekitar ini diadakan adalah untuk memberi kesedaran kepada semua murid SK Kerteh akan kepentingan penjagaan alam sekitar.

Antara aktiviti yang diadakan ialah Pertandingan Mewarna, Poster, Buku Skrap, ceramah dan kelas Terbersih dan Ceria.











Sunday, July 25

Carbon Challenge @ SK Kerteh

Pihak BP myScience telah berkunjung ke SK Kerteh pada 21 Julai 2010 yang lalu. Kedatangan pihak BP telah disambut baik oleh beberapa orang guru dan 45 murid yang mengikuti Carbon Challenge. Banyak aktiviti yang telah dijalankan pihak BP myScience bersama murid-murid.

Antara aktiviti yang dilakukan ialah pembelajaran secara interaktif, kuiz berdasarkan pembelajaran interaktif, perbincangan kumpulan, persembahan kumpulan dan 'Solar Kit".

Syukur kerana aktiviti yang dilakukan berjalan lancar sepanjang program. Tetapi, ada kejadian yang tidak diduga terjadi semasa aktiviti dijalankan iaitu terdapat kebakaran kecil di luar kawasan sekolah. Kebakaran kecil tersebut melibatkan bekalan elektrik terganggu. Maka, masing-masing yang terlibat dengan aktiviti dalam kepanasan dan tidak selesa. Namun, aktiviti yang dikendalikan oleh pihak BP myScience amat menarik. Walau terdapat masalah, ia tidak mengganggu konsentrasi murid-murid. Apa yang menyeronokkan lagi apabila pihak BP myScience menyediakan hadiah untuk persembahan kumpulan yang menarik. Jadi murid-murid bersungguh-sungguh melakukan yang terbaik semata-mata untuk mendapatkan hadiah.
































Saturday, July 17

Carbon Challenge: Pembersihan Kolam dan Taman Sains

Pada 13 Julai 2010, seramai 45 orang duta BP myScience Challenge bersama guru-guru telah membersihkan kolam dan kawasan Taman Sains. Aktiviti ini dijalankan pada waktu Ko-kurrikulum sekolah. Pelajar-pelajar amat teruja sewaktu membersihkan kolam. Selain kerjasama pelajar yang menggalakkan, aktiviti ini juga dapat mengeratkan hubungan sesama pelajar dan guru serta mewujudkan suasana ceria di sekolah.

Tuesday, July 13

Sijil Penyertaan kepada Duta BP myScience_SK Kerteh

Sembang Sains_Science Trip

Pada 9 dan 10 Julai yang lalu, 6 duta BP myScience SK Kerteh diiringi oleh dua orang guru iaitu Cikgu Hamdan dan Cikgu Marina telah mengikuti Sembang Sains dan Science Trip ke Kuala Lumpur. Mereka bertolak dari Kerteh pada jam 7.30 pagi dengan menaiki bas yang telah disediakan oleh pihak BP. Destinasi pertama yang dituju ialah Petrosains KLCC. Di Petrosains, duta BP telah menyaksikan pameran-pameran berkaitan dengan industri petroleum di negara kita antaranya replika dinosaur-dinosaur yang merupakan fosil awal terhasilnya minyak, proses carigali minyak dan gas, replika pelantar minyak, proses pemerosesan minyak dan lain-lain lagi. Di samping itu juga, duta-duta ini berkesempatan juga menaiki simulator helikopter untuk ke pelantar minyak di tengah lautan dan juga menaiki simulator kereta lumba. Pada sebelah malam pula, duta-duta ini berkesempatan menyertai satu program yang dinamakan "Explorer Nite Out". Banyak acara-acara yang menarik diadakan sepanjang program ini. Antaranya 'Ice-Breaking', Science Shows dan aktiviti berkumpulan menghasilkan ais-krim buatan sendiri tanpa perlu dibekukan di dalam peti ais. Duta-duta dan guru pengiring seterusnya berpeluang berkhemah di dalam Petrosains tersebut. Pada keesokkan harinya pula, acara "Water War Game" diadakan di taman tema KLCC. Seterusnya duta-duta BP dibawa pula ke Planetarium Negara untuk menyaksikan pameran-pameran di sana. Di Planetarium, duta-duta dibawa menyaksikan tayangan 3D di ruang angkasa. Destinasi terakhir Sembang Sains ialah ke Pusat Sains Negara yang mana telah diadakan pameran "Kids Discovering Out" dan Science Shows. Kira-kira jam 3.00 petang, para duta dan guru pengiring bertolak pulang ke Kerteh. Walaupun kepenatan, namun lawatan ini telah memberi banyak pengetahuan dan pengalaman yang begitu berharga kepada duta-duta SK Kerteh. Terima Kasih BP!


Tuesday, July 6

Duta BP myScience Wilayah Pantai Timur_ SK Kerteh

1. Mohamad Fahrulrazi bin Mohd Fadir
2. Muhamad Haziq bin Zulkeflee
3. Hani Maisarah bt Zainal Subari
4. Ana Nur Ezzaty bt Mohd Yuzdi
5. Puteri Norfazira bt Kamarulzaman
6. Nur Fatihah bt MD Rahim

Tuesday, June 29

Carbon Challenge : Penanaman Pokok

Seramai 45 murid yang terpilih untuk menyertai Cabaran BP myScience 2010 telah memulakan tugas mereka untuk menghidupkan kembali taman sekolah @ Taman Sains. Untuk langkah pertama, lebih kurang 10 pokok ditanam di taman ini.


Cikgu Marina memberi tunjuk ajar

Cikgu Hamdan, Cikgu Husin bersama pelajar menanam pokok


Cikgu Hamdan dibantu pelajar-pelajar menggantung 'banner' di Taman Sains

 

Wednesday, June 16

Carbon Challenge

Bagi menyahut Carbon Challenge yang dianjurkan oleh pihak BP myScience, guru-guru Sains dan murid-murid SK Kerteh dengan persetujuan pihak pentadbiran sekolah akan mencantikkan dan menghidupkan taman sekolah. Oleh itu, kami telah menamakan semula taman ini sebagai Taman Sains. Tujuan taman ini diwujudkan adalah untuk menjaga alam sekitar dan juga memberi kesedaran kepada murid-murid lain akan kepentingan alam sekitar. Selain itu, murid juga tenang apabila melihat alam yang hijau dan tidak menghadapi tekanan dan bukan tertumpu pada pembelajaran di kelas semata-mata.

 
Kolam yang agak terbiar dan perlu dipulih.


Tuesday, June 15

Mesyuarat AJK Guru

Pada 14 Jun yang lalu, seramai 6 orang guru yang terdiri daripada guru Sains telah mengadakan perbincangan tentang Carbon Challenge yang akan dilakukan di sekolah.
Setelah perbincangan dilakukan selama satu jam, dan masing-masing mendapat kata sepakat untuk menghidupkan kembali taman sekolah dengan menamakannya Taman Sains dan menganjurkan Hari Cintai Alam Sekitar. Encik Hamdan sebagai Pengerusi BP myScience sekolah telah memutuskan murid-murid yang akan mewakili sekolah untuk Sembang Sains @ Science Trip dan Pertandingan BP myScience Wilayah Pantai Timur yang akan diadakan di Ma Daerah Paka pada Ogos nanti.

Thursday, May 27

Pengenalan kepada BP myScience Inspiring Malaysian Students

BP myScience dikendalikan oleh BP Petronas Acetyls Sdn Bhd. Program ini telah dijalankan pada tahun 2008 dan 2009 yang melibatkan sekolah-sekolah sekitar Kuala Lumpur, Selangor, Pahang dan Terengganu. Program ini juga telah dijalankan dengan jayanya dengan kerjasama pihak Kementerian Pelajaran Malaysia dan pihak badan bukan kerajaan, Malaysian Nature Society.

Program ini diteruskan pada tahun 2010 ini dengan penyertaan lima buah sekolah rendah dari Terengganu dan lima buah sekolah di Pahang bagi mewakili kawasan Pantai Timur. Antara sekolah yang terlibat ialah SK Seri Paka, SK Paka II, SK Paka III, SK Kerteh dan SK Meraga Beris bagi Terengganu dan SK Air Putih, SK Bukit Sekilau, SJK (C) Kong Min, SJK (C) Pei Chai dan SR Agama Al-Irsyad bagi Pahang.

Program BP myScience ini bertujuan untuk mewujudkan program pendidikan untuk murid-murid sekolah agar mereka seronok, minat dan berfikiran kreatif dalam mempelajari Sains, Matematik dan Alam Sekitar. Antara aktiviti yang dilakukan untuk program ini ialah School Link, Carbon Challenge dan Sembang Sains.

10 sekolah bersama BP myScience


Pada 27 Mei 2010 yang lalu, pihak BP telah menjemput 10 buah sekolah dari Terengganu dan Pahang dalam menyertai Cabaran BP myScience 2010. Pada hari tersebut, pihak BP telah memberi penerangan lanjut mengenai program atau aktiviti yang perlu dilakukan oleh setiap sekolah dalam menyahut cabaran bagi tahun ini.
Dalam Cabaran BP myScience, setiap sekolah perlu mengambil bahagian dalam semua kategori iaitu Sembang Sains, Carbon Challenge dan Schools Link.

Sembang Sains - Akan diadakan pada 9 dan 10 Julai 2010. Setiap sekolah diwakili oleh 6 murid dan 2 guru. Tempat : Planetarium Negara, Pusat Sains Negara dan Petro Sains.

Carbon Challenge - Berlansung sepanjang Mei - Julai 2010.  Ia melibatkan 45 murid. Selain projek yang dilakukan di sekolah, pihak BP juga akan mengadakan kuiz, perbincangan berkumpulan dan pembelajaran secara interaktif.

School Links - Hubungan antara BP dan sekolah


Pemberian RM500 'seed money' untuk Carbon Challenge         




Guru-guru dari Terengganu

Guru-guru dari Pahang